Pena Minda Islam

Isu semasa dunia islam

Tuesday, 21 October 2014

Kejahilan Program 'I Want to Touch A Dog'

No comments :

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

'I want to touch a dog'. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Google Image
Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum di dalam Islam

Hukum menyentuh anjing
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Google Image
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak." [riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari" [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam
(Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj
(Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram
(Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

Saturday, 18 October 2014

Bukan Islam Bentang Sejadah untuk Heliza

No comments :

Islam mengajar umatnya untuk menghormati hak dan kebajikan agama lain agar tidak berbalah dan bersengketa.


Heliza Helmi melalui laman media sosialnya melahirkan rasa kagum terhadap kakitangan Silky White yang memahami dirinya sebagai seorang Muslim.


Heliza berkata, ketika masuk sahaja waktu solat, kakitangan berkenaan yang bukan beragama Islam memberitahunya supaya menunaikan solat terlebih dahulu, kerana sudah masuk waktu Asar ketika itu.
“MasyaAllah…. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada mereka.

“Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan ‘prepare’ kan untuk ‘you’ solat.

“Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. ‘Okay, kita ‘break’ dahulu, bagi Heliza solat, ‘then’ baru makan, ‘then’ baru ‘shoot’ balik.

“Handphone’ Ija, bila azan ‘handphone’ ni ada suara azan, waktu Asar tadi, Mereka sendiri yang ‘stopkan shooting’, dan mereka kata… ‘Okay Heliza you solat dulu ok? ‘ Sejadah ni pun mereka yang ‘prepare’,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Google Image

Dalam pada itu, Heliza menzahirkan rasa syukur kerana dirinya dapat solat tepat pada waktunya tanpa memberitahu kepada mereka tentang kewajipan tersebut.

“Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya ALLAH  MasyaAllah. Terima kasih ALLAH… Solat tepat waktu dan Ija tak perlu ‘mention’ pun tentang solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaALLAH…….. Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan ALLAH? ,”

Masih adakah nilai ini di dalam diri kita? Untuk renungan bersama

Sunday, 12 October 2014

Perjalanan Roh Di Alam Barzakh

No comments :

Perjalanan Roh di Alam Barzakh Selepas Kematian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila meninggal dunia seorang manusia maka yang mengiringinya ke kuburan ada lah tiga , dua akan pulang kerumah dan hanya satu sahaja yang akan mengiringinya bersama-sama ke alam barzakh.

Rasulullah SAW bersabda, bahawasanya: “Yang mengikut mayat itu sewaktu ke alam kubur ada tiga perkara, tetapi dua daripadanya akan balik dan tetaplah satu perkara yang kekal bersama si mati. 'Kedua-dua perkara itu ialah keluarga dan hartanya, dan yang akan tinggal bersama-samanya ialah amalnya'.” (Hadis Riwayat Bukhari) 

 Maka dia akan tinggal keseorangan dan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Jika banyak amal solehnya maka dia akan merasa gembira dan berbahagia, tetapi jika dia membawa amalan dosa dan maksiat dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT maka dia akan berdukacita , sedih dan merasai amat takut untuk berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraak bin Aazib r.a. berkata:

“Kami bersama Nabi Muhammad SAW  keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad SAW duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW  mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda:

“Berlindunglah kamu kepada Allah dari seksaan kubur.”. Nabi Muhammad SAW mengulangi sebanyak 3 kali.” 

Lalu Nabi Muhammad SAW  bersabda : “Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil:

“Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan reda-Nya.”

Nabi Muhammad SAW  bersabda lagi : “Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan di tanya:

“Roh siapakah yang harum ini?” Di jawab: “Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh.

Maka Allah berfirman : “Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya.”

Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua malaikat untuk bertanya: “Siapa Tuhanmu?” 

Maka dijawab: Allah Tuhanku. 

Lalu ditanya: “Apakah agamamu?” 

Maka dijawab: “Agamaku Islam” 

Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengahtengah kamu?” 

Dijawab: “Dia utusan Allah”. Lalu ditanya:

“Bagaimanakah kamu mengetahui itu?” 

Maka dijawab: “Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya” 

Maka terdengar suara: “Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata.”

Kemudian datang kepadanya seorang yang cantik wajahnya dan harum baunya sambil berkata: “Terimalah kabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah
kepadamu.”

Lalu bertanya: “Siapakah kau?” 

Jawabnya: “Saya amalmu yang baik.” 

Lalu ia berkata: "Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan kawanku.”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikul Maut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata:

“Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah.” 

Maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: “Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?”

Dijawab: “Roh fulan bin fulan.” dengan sebutan yang amat buruk sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. 

Kemudian Nabi Muhammad SAW  membaca ayat: “Laa tufattahu lahum abwabus samaa’i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath.” 

Maksudnya  : “Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum.”

Kemudian diperintahkan: “Tulislah orang itu dalam sijjin.” 

Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat “Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama’i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq.”

Maksudnya : “Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam.”

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: “”Siapa Tuhanmu?” 

Maka dijawab: “Saya tidak tahu”. 

Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?” Dijawab: “Saya tidak tahu”. 

Lalu ditanya: “Bagaimanakah kamu mengetahui itu?” 

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Maka terdengar suara seruan dari langit: “Dusta hambaku,
hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kubur sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: “Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.” 

Lalu ia bertanya: “Siapakah kau?” 

Jawabnya: “Aku amalmu yang buruk.” Lalu ia berkata: “Ya Tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat.”

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: “Ya ayyatuhannafsul muth ma’innatur ji’i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah.”

(Yang bermaksud) “Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diredainya. Kembalilah dengan rahmat dan keredaan Allah.”

Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya:

“Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan seksa-Nya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin.”

Alfaqih Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:

“Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-Quran cukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah SWT. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.

Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya malaikat yang akan menyeksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang banyak melakukan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semasa hidup di dunia dan sempat bertaubat dan mengucapkan kalimah syahadah di saat akhir kematiannya (mendapat husnul khatimah) maka berbahagialah hamba Allah ini ketika berhadapan dengan Allah SWT di alam barzakh dan seterusnya di hari akhirat nanti .

Hadis riwayat Imam At-Tarmidzi menyebut Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kubur itu adalah persinggahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, perjalanan selepasnya lebih mudah lagi. Jika tidak selamat, perjalanan selepas itu lebih sukar lagi.”

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita insaf dan bermuhasabah diri untuk mantapkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT, tinggalkan segala dosa dan maksiat kerana  semasa kita di masukkan kedalam kubur maka hanya amal soleh yang kita bawa sahaja yang akan dapat membantu semasa di soal siasat Malikat Munkar dan Nakir, diberi layaran istimewa dan di tempatkan di taman-taman syurga.

Bertaubatlah sepanjang masa sekurang-kurangnya beristighfar 100 kali sehari kepada Allah Maha Pengasih dan Penyayang ,yakinlah bahawa Dia akan menerima taubat hamba-hamba- Nya.

Justeru, sentiasalah kita berusaha merubah diri, dan memohon perlindungan Allah SWT supaya kita mendapat rahmat-Nya dan istiqamah di jalan Islam.

Monday, 6 October 2014

Selfie di Mekah bukanlah satu Dosa

No comments :
Kami tertarik untuk mencari pendapat ahli imuan agama tentang hal ini. Kegilaan selfie yang melanda dunia sudah tentu akan dibawa oleh para jemaah yang sedang mengerjakan ibadah haji. Namun adakah berdosa sekiranya para jemaah berselfie di Mekah? Kami kongsikan pendapat Imam Muda Asyraf tentang isu ini.


Imam Muda Asyraf, 30 berkata mengambil gambar di Mekah atau di depan Kaabah bukan satu perbuatan yang berdosa.

“Dalam bab riak ini kita tidak boleh menghukum orang atas gambar selfienya itu. Kita ni kena hukum berdasarkan zahir.

“Maksudnya selagi orang itu tidak berlagak dan memberitahu kesombongannya, selagi itu kita tidak boleh mengatakan orang itu riak,” tambah beliau.

Beliau berkata gambar tersebut boleh dikatakan sekadar untuk dijadikan sebagai kenangan semata-semata.

“Orang  yang mengambil selfie ni upload sebab nak berkongsi dengan orang lain dan sebab seronok berada di Kaabah. Kalau niat dia nak menunjuk-nunjuk, itu masalah dia dengan Tuhan,” katanya.


Beliau berkata masalah yang kemungkinan akan timbul adalah apabila terdapat gangguan terhadap individu tersebut dan juga orang lain ketika melakukan ibadah haji akibat sibuk mengambil selfie.

Tabiat mengambil selfie ketika menunaikan Haji menimbulkan kemarahan golongan ulamak di Arab yang mendesak peraturan larangan mengambil gambar di kawasan ibadah Haji.

Atas sebab itu, kita seharusnya perlu ingat tentang tujuan kita berada di Mekah. Perhatian dan konsenstrasi kita seharusnya kepada Allah dan semata-mata kepada Nya. Peluang dan masa yang diberikan berada di bumi Mekah patut digunakan sebaik-baiknya dan tidak disia-siakan dengan amalan atau perbuatan yang sia-sia.

sumber

Monday, 29 September 2014

Puasa Hari Wukuf Ke Hari Arafah?

1 comment :
Puasa hari wuquf ke puasa hari Arafah? Jika "hari Arafah", bila?


1. Apakah hari yang dinyatakan di dalam hadis ini?

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya tentang berpuasa di HARI ARAFAH. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."

- HR Imam Muslim rahimahullah.

 Jawapannya: HARI ARAFAH = 9 Zulhijjah.

2- Perbezaan antara dua buah negara;

A. Malaysia.

- Hari Arafah jatuh pada Sabtu (4/10/2014). Ahad adalah Aidiladha.

B. Mekah, Saudi.

- Hari Arafah jatuh pada Jumaat (3/10/2014) & berlaku wuquf. Sabtu adalah Aidiladha.

Di Saudi, hari Sabtu adalah 10 Zulhijjah & ianya adalah Hari Raya Aidiladha. Sedangkan kita di Malaysia, hari Sabtu itu masih lagi 9 Zulhijjah & ianya dikenali sebagai Hari Arafah.

3- Masalahnya sekarang kita di Malaysia, yang mana kita perlu ikut?

Jawapannya: IKUT seperti apa yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia iaitu berpuasa pada Sabtu (4/10/14) yang merupakan hari Arafah = 9 Zulhijjah & Aidiladha pada hari Ahad (5/10/14).

4- Kenapa perlu ikut negara masing-masing?Penjelasannya;

A. Ibadah solat itu lebih utama dari ibadah haji. Dalam penentuan waktu solat, kita diperintahkan mengikut waktu yang ditetapkan oleh negara kita bukan mengikut waktu di negara orang lain. 

Sebagai contoh di Malaysia Subuh jam 5.46 pagi, manakala di Indonesia waktunya jam 4.46 pagi. Oleh itu, jika kita berada di Malaysia maka waktu Subuh kita adalah waktu Malaysia.

Di sini dapat difahami jika ibadah solat (ibadah yang paling utama) pun perlu ikut waktu di negara masing-masing, maka apatah lagi jika ibadah lain seperti ibadah puasa.

B. Puasa yang dianjurkan di dalam bulan Zulhijjah dengan mendapat ganjaran yang besar seperti di dalam hadis di atas (lihat no 1) ialah "PUASA HARI ARAFAH" iaitu 9 Zulhijjah, bukan puasa dengan mengikut hari berlaku wuquf.

C. Setiap negara mempunyai perbezaan masa terbit anak bulan ( اختلاف المطالع). Lain negara lain tempat terbitnya. 

Terdapat 3 kategori yang berbeza di dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal & Zulhijjah. Ia adalah seperti berikut;

1. Rukyah (melihat anak bulan) semata.
2. Hisab Falak semata.
3. Rukyah & Hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah (إمكان الرؤية) iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan hilal (bulan).

Kerajaan Arab Saudi menggunakan matla' (tempat terbit) dengan kaedah rukyah semata manakala kerajaan Malaysia menetapkannya dengan menggunakan kaedah yang ke3; rukyah & hisab.

Sudah tentu terdapat perbezaan matla' (tempat terbit) yang jauh antara Malaysia & Arab Saudi. Kerana setiap negara mempunyai matla' atau kawasan lingkungannya tersendiri. Dengan itu, Malaysia tidak perlu mengikut keputusan cerapan hilal (bulan) yang dilakukan oleh kerajaan Saudi.

5- Kesimpulan tentang puasa di bulan Zulhijjah;

A. Puasa hari Arafah di Malaysia jatuh pada Sabtu 4/10/14. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Berpuasalah.

B. Disunatkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah iaitu 9 hari berturut-turut.

C. Berpuasa hari Jumaat (3/10/14) & Sabtu (4/10/14); 2 hari berturut-turut maka tiada masalah. Bahkan ianya AFDHAL kerana ia lebih teliti & keluar dari masalah khilaf.

Perkongsian daripada blog jomfaham