Thursday, 12 December 2013
Rukhsah Bermusafir
Rukhsah ialah keringanan dalam beribadah. Ia merupakan sedekah daripada Allah kepada hamba-Nya.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hendaklah kamu mengambil rukhsah Allah yang Dia berikan untuk kamu. (Riwayat Muslim)
Sabda baginda lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka kamu mengambil rukhsah-Nya sebagaimana Dia benci kamu melanggar perintah-Nya (Riwayat Muslim).
Jenis-Jenis Musafir:
- Musafir Ibadat (Haji/Umrah/Jihad/Ziarah Pesakit)
- Musafir Adat (Berniaga/Melancong/Memancing)
- Musafir Maksiat (Membuat maksiat/Musafir wanita tanpa mahram/untuk beribadat di masjid atau perkuburan tertentu)
Memendekkan solat fardhu empat rakaat:Zuhur/Asar dan Isyak menjadi 2 rakaat sahaja.
Menjamakkan Solat
Melaksanakan dua solat fardhu sekaligus dalam satu waktu solat; solat yang boleh dijamakkan ialah antara Zuhur dan Asar, dan Maghrib dan Isyak.
Muas menceritakan: "Kami bergerak bersama-sama Rasulullah ke perang Tabuk. Baginda sentiasa menjamakkan solat Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. (Riwayat Muslim).
TIdak Wajib Solat Jumaat
Ibn Umar berkata, "Tiada Jumaat bagi orang yang bermusafir (Riwayat Abdul Razak). Antara syarat wajib solat jumaat adalah bermukim. Seseorang yang bermusafir tidak dianggap bermukim.
TIdak Berpuasa Pada Bulan Ramadan
Jabir menceritakan: "Dalam satu musafir Rasulullah, Baginda melihat ada seorang yang dikerumuni dan dipayungi oleh orang ramai, Baginda bertanya: "Kenapa dengannya? Mereka menjawab, "dia berpuasa!". Lalu Nabi menjawab: "Tidak dikira sebagai kebaikan kalau kamu berpuasa dalam musafir. (RIwayat Muslim).
Dalam riwayat lain, terdapat tambahan lanjut: "Hendaklah kamu mengambil rukhsah Allah yang Dia telah permudahkan untuk kamu!"
Tidak Perlu Solat Rawatib kecuali Solat Subuh
Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Namun ketika musafir, solat ini tidak menjadi sunat, selain solat sunat qabliyah Subuh sahaja.
Solat Sunat di atas Kenderaan
Dibolehkan bagi seorang musafir untuk menunaikan solat sunat dalam kenderaan tanpa mengambil kira arah kiblat.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment