Thursday, 12 December 2013
Kalimah Mulia di Skrin Telefon Bimbit
Kalimah Mulia di Skrin Telefon BimbitHaram memaparkan tulisan tersebut di dalam tandas.
Sesungguhnya para ulama hadis dalam kalangan ahli sunan (ulama penyusun kitab-kitab hadis seperti Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tarmizi, ImamAbu Daud, Imam Ibn Majah dan Imam al-Nasa'i) ada meriwayatkan bahawa Nabi apabila mahu masuk ke tandas, Baginda akan menanggalkan cincinnya yang terukir di atasnya kalimah 'Muhammad Rasulullah".
Mengikut asas hukum dalam agama islam, kita wajib menjaga kalimah-kalimah yang mulia dalam agama kita seperti nama Allah, ayat al-Quran dan sebagainya daripada tempat yang kotor dan jijik dan ada najis padanya.
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Demikianlah perintah Allah. Sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, sesungguhnya perbuatan itu, timbul daripada ketakwaan hati", (Surah al-Hajj 22:32)
Adalah lebih baik bagi seseorang itu memaparkan tulisan-tulisan seperti di atas agar mematikan telefon bimbitnya atau menukarkannya kepada paparan lain. Apabila tidak terzahir perkataan bismillah, nama Alllah dan ayat-ayat al-Quran atau sebagainya di skrin telefon bimbit, hukumnya harus, sama seperti dibolehkan untuk dibawa masuk ke tandas. Hukumnya sama seperti dibolehkan seseorang membawa cakera padat , kaset, pendrive, atau sebagainya yang ada di dalamnya ayat al-Quran ke dalam tandas.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment