Thursday, 12 December 2013
Menuntut ilmu Agama Hanya Membaca Buku
Menuntut ilmu Agama Hanya Membaca BukuWajib bagi setiap mukalaf untuk menuntu ilmu tentang urusan agama pada perkara yang melibatkan urusan ibadah, muamalat, ilmu aqidah dan sebagainya berkaitan dengan ilmu fardhu ain.
Sesungguhnya ilmu tersebut merupakan sebaik-baik jalan untuk menghampirkan diri kepada Allah Taala dan merupakan jalan menuju ke syurga serta merupakan warisan tinggalan para anbia.
Sesiapa yang keluar kepadanya, sesungguhnya dia sedang berada di jalan Allah sehinggalah dia pulang ke rumahnya. Hal ini jelas dinyatakan oleh para ulamahadis yang telah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w yang menyatakan perkara ini.
Bagi sesiapa yang menelusuri jalan menuntut ilmu ini, sewajarnya dia melazimi adab-adab yang dinyatakan oleh para ulama demi merealisasikan matlamatnya dalam menuntut ilmu di jalan Allah. Antara adab tersebut adalah:
- ikhlas dalam menuntut ilmu
- sabar dan tabah sepanjang menuntut ilmu
- pilihlah guru yang thiqah dan berakhlak mulia
- elakkan daripada berguru dengan kitab sahaja.
- amalkan sifat tawaduk
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment