Thursday, 12 December 2013
Panduan Musafir
ADAB SEBELUM BERTOLAK
1. Solat Istikharah
Rasulullah sentiasa mengajarkan kami supaya beristikharah untuk semua perkara sebagaiman Baginda sentiasa mengajar kami surah daripada al-Quran.Baginda berpesan, "Apabila salah seorang daripada kamu berhasrat melakukan sesuatu, maka hendaklah dia solat dua rakaat kemudian berdoa dengan doa istikharah." (Riwayat Muslim)
2. Bertaubat
Kita hendaklah sentiasa bertaubat, terutama ketika hendak bemusafir, dikhuatiri merupakan perjalanan terakhir.
3. Menyediakan Nafkah
Sediakan nafkah yang mencukupi buat keluarga. Rasululla bersabda: bermaksud: "Cukuplah seseorang itu dikira berdosa apabila mengabaikan tanggunngannya" (Riwayat Ahmad, daripada Abu Daud)
4. Elakkan Bermusafir Secara Bersendirian
"Ada seorang yang kembali dari musafir. Rasulullah bertanya kepadanya: "Siapa yang menemani anda?" Dia menjawab: "Tiada siapa pun". Rasulullah menjawab: Seorang penunggang itu syaitan, dua orang itu dua syaitan dan tiga orang itu sepatutnya". (Riwayat Ahmad, Abu Daud)
5. Adab Berpisah (wada')
Wada' adalah bertemu atau memaklumkan kepada saudara terdekat tentang musafirnya, agar mereka mendoakan kesejahteraan kita sepanjang perjalanan. Rasulullah s.a.w apabila menghantar seorang yang akan bermusafir , Baginda akan bersalam dengannya dan tidak melepaskan tangannya sehingga orang itu sendiri yang menarik tangannya sambil berpesan : "Aku titipkan kepada Allah agamamu, dan amalan-amalanmu yang terakhir" (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaei)
6. DOa
7. Sunat Bermusafir pada Hari Khamis
Ka'ab bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bertolak ke medan perangan Tabuk oada hari Khamis. Baginda suka bertolak pada hari khamis. (Riwayat al-Bukhari)
ADAB SEPANJANG PERJALANAN
1. Laksanakan Rukhsah (qasar dan jamak)
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila kamu mengambil rukhsah-Nya sebagaimana Dia membenci kamu melanggar perintah-Nya. (Riwayat Ahmad)
2. Banyakkan Berdoa
"Ada tiga doa mustajab yang tidak syak lagi; doa ibu bapa, doa orang yang musafir dan doa orang yang dianiayai." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
3. Bersabar dan Berakhlak Baik
Ketika bemusafir, banyak dugaan dan cabaranya. Justeru, banyakkan bersabar agar dipermudahkan urusan.
4. Bertakbir Ketika Mendaki dan Bertasbih ketika Menuruni
Jabir menceritakan: "Dahulu apabila kami mendaki, kami bertakbir. Apabila kami menuruni, kami bertasbih." (Riwayat al-Bukhari)
5. Berdoa Sebelum Sampai Tempat Tujuan
Maksudnya:
"Ya Allah kami mohon kepada-Mu kebaikan tempat ini dan kebaikan penduduknya. Dan kami berselindung dengan-Mu daripada keburukannya, ahlinyadan segala yang di dalamnya (Riwayat al-Nasa'i)
ADAB KETIKA PULANG
1. Segera Pulang
2. Tidak Pulang Malam Secara Mengejut
3. Solat Sunat
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment