Showing posts with label puasa. Show all posts
Monday, 29 September 2014
Puasa Hari Wukuf Ke Hari Arafah?
Puasa hari wuquf ke puasa hari Arafah? Jika "hari Arafah", bila?
1. Apakah hari yang dinyatakan di dalam hadis ini?
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya tentang berpuasa di HARI ARAFAH. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
- HR Imam Muslim rahimahullah.
Jawapannya: HARI ARAFAH = 9 Zulhijjah.
2- Perbezaan antara dua buah negara;
A. Malaysia.
- Hari Arafah jatuh pada Sabtu (4/10/2014). Ahad adalah Aidiladha.
B. Mekah, Saudi.
- Hari Arafah jatuh pada Jumaat (3/10/2014) & berlaku wuquf. Sabtu adalah Aidiladha.
Di Saudi, hari Sabtu adalah 10 Zulhijjah & ianya adalah Hari Raya Aidiladha. Sedangkan kita di Malaysia, hari Sabtu itu masih lagi 9 Zulhijjah & ianya dikenali sebagai Hari Arafah.
3- Masalahnya sekarang kita di Malaysia, yang mana kita perlu ikut?
Jawapannya: IKUT seperti apa yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia iaitu berpuasa pada Sabtu (4/10/14) yang merupakan hari Arafah = 9 Zulhijjah & Aidiladha pada hari Ahad (5/10/14).
4- Kenapa perlu ikut negara masing-masing?Penjelasannya;
A. Ibadah solat itu lebih utama dari ibadah haji. Dalam penentuan waktu solat, kita diperintahkan mengikut waktu yang ditetapkan oleh negara kita bukan mengikut waktu di negara orang lain.
Sebagai contoh di Malaysia Subuh jam 5.46 pagi, manakala di Indonesia waktunya jam 4.46 pagi. Oleh itu, jika kita berada di Malaysia maka waktu Subuh kita adalah waktu Malaysia.
Di sini dapat difahami jika ibadah solat (ibadah yang paling utama) pun perlu ikut waktu di negara masing-masing, maka apatah lagi jika ibadah lain seperti ibadah puasa.
B. Puasa yang dianjurkan di dalam bulan Zulhijjah dengan mendapat ganjaran yang besar seperti di dalam hadis di atas (lihat no 1) ialah "PUASA HARI ARAFAH" iaitu 9 Zulhijjah, bukan puasa dengan mengikut hari berlaku wuquf.
C. Setiap negara mempunyai perbezaan masa terbit anak bulan ( اختلاف المطالع). Lain negara lain tempat terbitnya.
Terdapat 3 kategori yang berbeza di dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal & Zulhijjah. Ia adalah seperti berikut;
1. Rukyah (melihat anak bulan) semata.
2. Hisab Falak semata.
3. Rukyah & Hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah (إمكان الرؤية) iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan hilal (bulan).
Kerajaan Arab Saudi menggunakan matla' (tempat terbit) dengan kaedah rukyah semata manakala kerajaan Malaysia menetapkannya dengan menggunakan kaedah yang ke3; rukyah & hisab.
Sudah tentu terdapat perbezaan matla' (tempat terbit) yang jauh antara Malaysia & Arab Saudi. Kerana setiap negara mempunyai matla' atau kawasan lingkungannya tersendiri. Dengan itu, Malaysia tidak perlu mengikut keputusan cerapan hilal (bulan) yang dilakukan oleh kerajaan Saudi.
5- Kesimpulan tentang puasa di bulan Zulhijjah;
A. Puasa hari Arafah di Malaysia jatuh pada Sabtu 4/10/14. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Berpuasalah.
B. Disunatkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah iaitu 9 hari berturut-turut.
C. Berpuasa hari Jumaat (3/10/14) & Sabtu (4/10/14); 2 hari berturut-turut maka tiada masalah. Bahkan ianya AFDHAL kerana ia lebih teliti & keluar dari masalah khilaf.
Perkongsian daripada blog jomfaham

Thursday, 26 June 2014
Tips Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan
Ketika entri ini ditulis, lebih kurang 2 hari lagi, umat Islam di Malaysia khususnya akan menyambut bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan sebentar lagi tiba. Kami percaya, ramai di antara kita yang telah mula menyusun strategi untuk bulan ini. Tidak kiralah strategi berniaga mahupun melipatgandakan amalan. Ada juga di anta kita yang sedang mengatur strategi untuk sekurang-kurangnya khatam Al-Quran di bulan yang penuh barakah ini.
Samada anda belum atau sudah pun cuba, berikut adalah beberapa tips mudah dan berguna untuk anda khatam Al-Quran.
Bulatkan niat Anda.
Innamal a’malu binniyat. Segala sesuatu dimulai dari niat. Yakinlah bahawa anda boleh lakukan. Berpesan kepada taulan anda tentang niat anda ini agar mereka tidak bosan untuk mengingatkan anda tentang niat murni anda.
Bawa Qur’an ke manapun Anda pergi.
Dapatkan A-Quran jenis keci atau yang mudah untuk di bawa ke mana-mana. Paling tidak pun, muat turun aplikasi Al-Quran ke dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Al-Quran versi digital yang banyak dijual kini.
Manfaatkan setiap waktu yang ada.
Gunakan masa sebaik-baiknya. Sekiranya waktu rehat anda sebelum digunakan untuk makan atau tidur, anda boleh gantikan dengan membaca Al-Quran. Selain itu, anda juga boleh membaca Al-Quran sewaktu menunggu di dalam train atau bas. Pendek cerita, gunakalah waktu kosong anda sebaik-baiknya.
Buat jadual untuk membaca Al-Quran
Tetapkan masa-masa tertentu untuk membaca Al-Quran. Contohnya, baca 5 muka surat setiap selepas solat fardhu.
Turut serta dengan tadarus
Anda juga boleh turut serta kumpulan-kumpulan tadarus yang sememangnya aktif ketika bulan ramadhan. Selain memudahkan anda untuk khatam, ia juga menyuntik semangat anda untuk membaca Al-Quran. Jika tidak pun, adakan kumpulan tadarus sendiri yang terdiri daripada ahli keluarga atau kenalan atau sahabat yang terdekat.
Jika mampu, mengajilah bersama dengan orang yang lebih arif tajwidnya. Ini akan meningkatkan pembacaan kita. Semoga kita lebih bersemangat untuk khatam Al-Quran tahun ini!!!

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)