Isu semasa dunia islam

Monday, 29 September 2014

Puasa Hari Wukuf Ke Hari Arafah?

1 comment :
Puasa hari wuquf ke puasa hari Arafah? Jika "hari Arafah", bila?


1. Apakah hari yang dinyatakan di dalam hadis ini?

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya tentang berpuasa di HARI ARAFAH. Maka Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."

- HR Imam Muslim rahimahullah.

 Jawapannya: HARI ARAFAH = 9 Zulhijjah.

2- Perbezaan antara dua buah negara;

A. Malaysia.

- Hari Arafah jatuh pada Sabtu (4/10/2014). Ahad adalah Aidiladha.

B. Mekah, Saudi.

- Hari Arafah jatuh pada Jumaat (3/10/2014) & berlaku wuquf. Sabtu adalah Aidiladha.

Di Saudi, hari Sabtu adalah 10 Zulhijjah & ianya adalah Hari Raya Aidiladha. Sedangkan kita di Malaysia, hari Sabtu itu masih lagi 9 Zulhijjah & ianya dikenali sebagai Hari Arafah.

3- Masalahnya sekarang kita di Malaysia, yang mana kita perlu ikut?

Jawapannya: IKUT seperti apa yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia iaitu berpuasa pada Sabtu (4/10/14) yang merupakan hari Arafah = 9 Zulhijjah & Aidiladha pada hari Ahad (5/10/14).

4- Kenapa perlu ikut negara masing-masing?Penjelasannya;

A. Ibadah solat itu lebih utama dari ibadah haji. Dalam penentuan waktu solat, kita diperintahkan mengikut waktu yang ditetapkan oleh negara kita bukan mengikut waktu di negara orang lain. 

Sebagai contoh di Malaysia Subuh jam 5.46 pagi, manakala di Indonesia waktunya jam 4.46 pagi. Oleh itu, jika kita berada di Malaysia maka waktu Subuh kita adalah waktu Malaysia.

Di sini dapat difahami jika ibadah solat (ibadah yang paling utama) pun perlu ikut waktu di negara masing-masing, maka apatah lagi jika ibadah lain seperti ibadah puasa.

B. Puasa yang dianjurkan di dalam bulan Zulhijjah dengan mendapat ganjaran yang besar seperti di dalam hadis di atas (lihat no 1) ialah "PUASA HARI ARAFAH" iaitu 9 Zulhijjah, bukan puasa dengan mengikut hari berlaku wuquf.

C. Setiap negara mempunyai perbezaan masa terbit anak bulan ( اختلاف المطالع). Lain negara lain tempat terbitnya. 

Terdapat 3 kategori yang berbeza di dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal & Zulhijjah. Ia adalah seperti berikut;

1. Rukyah (melihat anak bulan) semata.
2. Hisab Falak semata.
3. Rukyah & Hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah (إمكان الرؤية) iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan hilal (bulan).

Kerajaan Arab Saudi menggunakan matla' (tempat terbit) dengan kaedah rukyah semata manakala kerajaan Malaysia menetapkannya dengan menggunakan kaedah yang ke3; rukyah & hisab.

Sudah tentu terdapat perbezaan matla' (tempat terbit) yang jauh antara Malaysia & Arab Saudi. Kerana setiap negara mempunyai matla' atau kawasan lingkungannya tersendiri. Dengan itu, Malaysia tidak perlu mengikut keputusan cerapan hilal (bulan) yang dilakukan oleh kerajaan Saudi.

5- Kesimpulan tentang puasa di bulan Zulhijjah;

A. Puasa hari Arafah di Malaysia jatuh pada Sabtu 4/10/14. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Berpuasalah.

B. Disunatkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah iaitu 9 hari berturut-turut.

C. Berpuasa hari Jumaat (3/10/14) & Sabtu (4/10/14); 2 hari berturut-turut maka tiada masalah. Bahkan ianya AFDHAL kerana ia lebih teliti & keluar dari masalah khilaf.

Perkongsian daripada blog jomfaham

1 comment :

  1. Iron vs ceramic flat iron - TITanium-arts
    Iron vs babyliss pro nano titanium curling iron ceramic flat iron is the most popular of all flat titanium meaning iron. When you place an westcott titanium scissors iron or copper line on a table with powerbook g4 titanium the 2018 ford fusion hybrid titanium object of betting, you are making a

    ReplyDelete