Monday, 6 October 2014
Selfie di Mekah bukanlah satu Dosa
Kami tertarik untuk mencari pendapat ahli imuan agama tentang hal ini. Kegilaan selfie yang melanda dunia sudah tentu akan dibawa oleh para jemaah yang sedang mengerjakan ibadah haji. Namun adakah berdosa sekiranya para jemaah berselfie di Mekah? Kami kongsikan pendapat Imam Muda Asyraf tentang isu ini.Imam Muda Asyraf, 30 berkata mengambil gambar di Mekah atau di depan Kaabah bukan satu perbuatan yang berdosa.
“Dalam bab riak ini kita tidak boleh menghukum orang atas gambar selfienya itu. Kita ni kena hukum berdasarkan zahir.
“Maksudnya selagi orang itu tidak berlagak dan memberitahu kesombongannya, selagi itu kita tidak boleh mengatakan orang itu riak,” tambah beliau.
Beliau berkata gambar tersebut boleh dikatakan sekadar untuk dijadikan sebagai kenangan semata-semata.
“Orang yang mengambil selfie ni upload sebab nak berkongsi dengan orang lain dan sebab seronok berada di Kaabah. Kalau niat dia nak menunjuk-nunjuk, itu masalah dia dengan Tuhan,” katanya.
Beliau berkata masalah yang kemungkinan akan timbul adalah apabila terdapat gangguan terhadap individu tersebut dan juga orang lain ketika melakukan ibadah haji akibat sibuk mengambil selfie.
Tabiat mengambil selfie ketika menunaikan Haji menimbulkan kemarahan golongan ulamak di Arab yang mendesak peraturan larangan mengambil gambar di kawasan ibadah Haji.
Atas sebab itu, kita seharusnya perlu ingat tentang tujuan kita berada di Mekah. Perhatian dan konsenstrasi kita seharusnya kepada Allah dan semata-mata kepada Nya. Peluang dan masa yang diberikan berada di bumi Mekah patut digunakan sebaik-baiknya dan tidak disia-siakan dengan amalan atau perbuatan yang sia-sia.
sumber
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/selfie-di-mekah-bukan-satu-perkara-yang-berdosa-imam-muda-asyraf-45382?cp
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment