Thursday, 26 June 2014
Tips Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan
Ketika entri ini ditulis, lebih kurang 2 hari lagi, umat Islam di Malaysia khususnya akan menyambut bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan sebentar lagi tiba. Kami percaya, ramai di antara kita yang telah mula menyusun strategi untuk bulan ini. Tidak kiralah strategi berniaga mahupun melipatgandakan amalan. Ada juga di anta kita yang sedang mengatur strategi untuk sekurang-kurangnya khatam Al-Quran di bulan yang penuh barakah ini.Samada anda belum atau sudah pun cuba, berikut adalah beberapa tips mudah dan berguna untuk anda khatam Al-Quran.
Bulatkan niat Anda.
Innamal a’malu binniyat. Segala sesuatu dimulai dari niat. Yakinlah bahawa anda boleh lakukan. Berpesan kepada taulan anda tentang niat anda ini agar mereka tidak bosan untuk mengingatkan anda tentang niat murni anda.
Bawa Qur’an ke manapun Anda pergi.
Dapatkan A-Quran jenis keci atau yang mudah untuk di bawa ke mana-mana. Paling tidak pun, muat turun aplikasi Al-Quran ke dalam telefon bimbit anda. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Al-Quran versi digital yang banyak dijual kini.
Manfaatkan setiap waktu yang ada.
Gunakan masa sebaik-baiknya. Sekiranya waktu rehat anda sebelum digunakan untuk makan atau tidur, anda boleh gantikan dengan membaca Al-Quran. Selain itu, anda juga boleh membaca Al-Quran sewaktu menunggu di dalam train atau bas. Pendek cerita, gunakalah waktu kosong anda sebaik-baiknya.
Buat jadual untuk membaca Al-Quran
Tetapkan masa-masa tertentu untuk membaca Al-Quran. Contohnya, baca 5 muka surat setiap selepas solat fardhu.
Turut serta dengan tadarus
Anda juga boleh turut serta kumpulan-kumpulan tadarus yang sememangnya aktif ketika bulan ramadhan. Selain memudahkan anda untuk khatam, ia juga menyuntik semangat anda untuk membaca Al-Quran. Jika tidak pun, adakan kumpulan tadarus sendiri yang terdiri daripada ahli keluarga atau kenalan atau sahabat yang terdekat.
Jika mampu, mengajilah bersama dengan orang yang lebih arif tajwidnya. Ini akan meningkatkan pembacaan kita. Semoga kita lebih bersemangat untuk khatam Al-Quran tahun ini!!!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment