Pena Minda Islam

Isu semasa dunia islam

Showing posts with label Kunci Ilmu. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

Kejahilan Program 'I Want to Touch A Dog'

No comments :

KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

'I want to touch a dog'. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Google Image
Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum di dalam Islam

Hukum menyentuh anjing
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” [Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Google Image
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak." [riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari" [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam
(Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj
(Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram
(Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

Friday, 26 September 2014

Hukum memberi upah tukang sembelih daging qurban

No comments :
Umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban dalam masa seminggu lagi. Namun ini antara ilmu perlu kita semua tahu tentang ibadah qurban yang mengingatkan kita dengan peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya.

Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu?

Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.

Jadi, macamana nak upah mereka?

Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.

Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini.


Sunday, 24 August 2014

Penyakit 'Ain : Fahami dulu sebelum upload gambar 'Newborn' baby anda

No comments :
Apakah Penyakit 'Ain
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Sememangnya masalah 'Ain ini cukup luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.


Penyakit dari pandangan mata
Penyakit kerana pandangan mata ini adalah penyakit yang sukar dijelaskan oleh dunia perubatan moden. Maka itu, sekiranya terdapat tanda-tanda seperti terkena 'ain, pesakit digalakkan mendapatkan rawatan ruqyah daripada 'ain serta tidak mengabaikan perubatan moden. Apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji-muji kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan ‘masya-Allah’, maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur. atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kpdnya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah, kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati. benarkah adanya penyakit ini? tidakkah kepercayaan ini berunsur syirik? kalau benar adanya penyakit ini, bagaimana nak ubati mangsa penyakit ain seperti wanita di atas? apa punca berlakunya penyakit ain?

Untuk perkongsian di dalam entri ini, kami akan cuba berkongsi tentang masalah atau penyakit 'ain yang melibatkan bayi.

'Ain itu benar
Disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.” (Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)

"Al-'Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak adam"-Imam Ahmad

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
 
Jenis-Jenis 'Ain 
Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

Terdapat 2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ezema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Merawat Penyakit 'Ain
Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Di sini kami kongsikan salah satu cara untuk mengelaknya yang paling ringkas iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku, setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz(di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Jika diikutkan perbincangan untuk permasalahan ini luas lagi, cuma cukup dulu setakat ini untuk penjelasan.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Sunday, 15 December 2013

Solat Sunat Rawatib

No comments :
"Amalan pertama yang akan di hisab pada hari kiamat ialah Solat. Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan Dia Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hambu-Ku; sempurna atau kurang'. Sekiranya solat sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan, Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba-Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardunya dengan solat sunatnya..." (Riwayat Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah)

* Putih - Di galakkan
   Kuning - Amat Digalakkan
   Merah - Tidak Digalakkan

Dari Ibnu Umar berkata; "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)