Isu semasa dunia islam

Tuesday, 17 December 2013

Malu Makan Seorang Diri

No comments :


Suatu hari Hasan bin Ali cucu Rasulullah s.a.w. melihat seorang hamba berkulit hitam di sebuah kebun. Hamba itu sedang menjamu selera dengan bekalan roti yang di bawanya. Sepotong dia makan, sepotong lagi diberikan kepada seekor anjing yang berada di hadapanya.



Hasan bertanya kepadanya: "Mengapa engkau memberikan bekalanmu kepada anjing itu?" Dia menjawab: "Aku malu untuk makan tanpa memberinya".

Hasan berkata;"Jangan pergi ke mana-mana hingga aku kembali." Hasan pergi menemui tuan pemilik hamba itu beserta kebunnya sekali. Kemudiannya beliau memerdekan hamba itu dan menghadiahkan kebun itu kepadanya.

Diceritakan oleh Ibn Khatir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah.

Pengajaran
Sayang kepada haiwan ialah salah satu akhlak terpuji. Islam menggalakkan ihsan kepada haiwan meskipun terhadap seekor anjing. Imam al-Bukhari ada merakamkan hadis yang menceritakan seorang wanita pelacur diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t. dek perbuatannya memberi minum kepada seekor anjing.

Jika berbuat ihsan kepada seekor anjing pun dikira ibadah, apalagi ihsan kepada haiwan-haiwan yang lain. Lebih besar lagi, ihsan kita kepada manusia terutamanya kepada kaum keluarga dan jiran tetangga.

No comments :

Post a Comment