Isu semasa dunia islam

Tuesday, 17 December 2013

Kelebihan Berkhatan Dari Sudut Perubatan

No comments :
Kelebihan Berkhatan Dari Sudut Perubatan



Mengelakkan risiko masalah phimosis. 1 daripada 10 orang lelaki menghidapi penyakit ini iaitu kegagalan kulit depan zakar untuk terbuka yang menyebabkan kesukaran membuang air kecil. Pesakit yang menghidapi phimosis 12 kali ganda berisiko untuk mendapat kanser zakar.

3 kali ganda dapat mengurangkan keradangan dan jangkitan pada kulit zakar. 1 daripada 10 orang lelaki biasa menghadapi masalah ini.

10% dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran kencing. Sebanyak 40% masalah jangkitan pada saluran kencing menjadi punca masalah sepsis,meningitis dan radang buah pinggang.


20 kali ganda dapat mengurangkan risiko kanser zakar. 1 dalam 1000 orang lelaki yang tidak berkhatan menghidap kanser ini yang mengakibatkan zakar terpaksa dipotong atau gagal berfungsi.


Lelaki tidak berkhatan lebih berisiko mendapat kanser prostat. 3 hingga 7 kali ganda dapat mengurangkan risiko HIV/AIDS yang berjangkit melalui hubungan seks.


50% dapat mengurangkan risiko jangkitan papiloma,sifilis,herpis dan pelbagai virus lain


10% orang lelaki yang tidak berkhatan pada awalnya akan menjalani rawatan tersebut atas pelbagai faktor perubatan.

SUMBER

No comments :

Post a Comment