Tuesday, 17 December 2013
Penyakit Ilmu
Beliau kerap menunda kelasnya hanya kerana untuk membeli barang-barang dapur untuk mereka di pasar. Orang mempersoalkan tindakannya itu. Beliau menjawab:"Saya telah menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk ilmu. Padahal penyakit ilmu sangat banyak. Jarang sekali ada orang yang terselamat daripadanya. Saya berharap Allah mengampuni dosa-dosa saya dengan rutin yang saya lakukan ini"
Diceritakan oleh al-Sya'rani dalam kitab al-Uhud al-Muhammadiah.
Pengajaran
Ilmu memang sesuatu yang sangat bermanfaat bagi manusia. Namun begitu, ilmu boleh memberikan mudarat apabila tidak diiringi dengan kebersihan hati pemiliknya. Antara penyakit ilmu yang sangat berbahaya ialah ujub (merasa diri pandai), riyak (suka menonjolkan keilmuannya), sombong, suka berdebat meremehkan orang lain dan sebagainya.
Sepatutnya golongan ilmuwan hendaklah sentiasa menginsafi diri dan berusaha untuk menjauhkan diri daripada semua penyakit ilmu. Hal ini kerana di akhirat nanti, ilmu itu sama ada menjadi hujah yang membelanya atau hujah yang mendakwanya
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment