Friday, 26 September 2014
Hukum memberi upah tukang sembelih daging qurban
Umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban dalam masa seminggu lagi. Namun ini antara ilmu perlu kita semua tahu tentang ibadah qurban yang mengingatkan kita dengan peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya.
Soalan: Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.
Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB.
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini.

Sunday, 21 September 2014
Kisah Madu dan Kayu Manis-Makanan Sunnah
Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.
Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit.
Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat, ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.
Ini di antara kajian dari saintis barat :
1. Penyakit Jantung :
Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung, apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya.
Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan Kanada, pelbagai jururawat di rumah sakit telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat, madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
2. Radang sendi (arthritis) :
Pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan, hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
3. Jangkitan Pundi Kencing :
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
4. Kolesterol :
Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol, didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari, sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal, madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
5. Selesema :
bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam, dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
6. Perut Meragam :
Madu diambil bersama kayu manis menyembuh
kan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers.
7. Kembung (gas) :
kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
8. Imun Sistem :
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
9. Tak Hadam :
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
10. Influenza :
Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
11. Umur Panjang :
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis, bila diambil secara tetap, mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan, dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam, kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - Insya Allah, umur kita akan panjang)
12. Sakit tekak :
Apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
13. Jerawat :
3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.
14. Jangkitan Kulit :
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan, akan menyembuhkan ekzema, dan semua jenis jangkitan kulit.
15. Hilangkan Berat Badan :
Pagi, sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap, ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
16. Kanser :
Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
17. Lemah :
kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton, yang menjalankan kajian ini, mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
18. Sukar Bernafas :
penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam, sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi, bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
19. Kurang @ hilang pendengaran :
Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.
Rujukan : Dr Zulkifli Sharif
Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashf

Thursday, 4 September 2014
Makam Rasulullah Bakal Dimusnahkan
Arab Saudi – Hanya disebabkan tindakan sesetengah individu yang melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama, satu cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan Arab Saudi untuk merobohkan makam junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan antara tempat paling dihormati oleh maysarakat Islam.
Melalui cadangan tersebut makam tersebut bakal dirobohkan manakala jasad baginda akan dipindahkan ke sebuah kubur tanpa nama (yang akan dirahsiakan)
Menurut laporan portal The Independent cadangan tersebut merupakan sebahagian daripada dokumen berhalaman 61 muka surat, yang dikemukakan oleh para akademik terkenal negara tersebut.
Kajian akademik tersebut telah mengemukakan cadangan itu sebagai sebahagian daripada dokumen perundingan yang telah diedarkan di kalangan penyelia Masjid Nabawi, Madinah, di mana terletaknya makam Nabi yang dikunjungi berjuta-juta jemaah haji dan dianggap sebagai tapak kedua paling suci bagi umat Islam.
Ulama Arab Saudi yang dilihat kuat berpegang kepada fahaman Wahabi, sebelum ini telah melarang keras sebarang bentuk pemujaan, penyembahan ‘berhala’ atau apa-apa objek yang dianggap sebagai amalan ‘syirik’ dan melanggar hukum syarak.
Beberapa halaman dokumen perundingan yang baru sahaja diterbitkan menggesa kemusnahan bilik serta kawasan sekitar kubur – yang pernah digunakan oleh ahli keluarga dan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu Pengarah Yayasan Penyelidikan Warisan Islam, Dr. Irfan al-Alawi melahirkan rasa kesal atas cadangan tersebut.
“Orang ramai yang menziarahi masjid Nabi untuk melihat kawasan rumah baginda dikatakan telah berpaling ke kawasan makam untuk bersolat (menjadikan makam sebagai kiblat).
“Disebabkan mahu menghalang perbuataan (syirik) itu mereka mencadangkan untuk memindahkan jasad baginda” ujarnya.
Dr. Irfan menjangkakan, cadangan tersebut bakal menimbulkan kemarahan masyarakat di seluruh dunia.
“Saya pasti seluruh dunia Islam akan terkejut terhadap perkara ini dan ia akan menyebabkan kemarahan,” jelasnya.
Sehingga kini, tiada sebarang keputusan yang diambil berhubung cadangan tersebut.
Ketika ini Masjid Nabawi boleh menampung 800,000 jemaah pada satu-satu masa. Manakala pada tahun depan, ia dijangka bakal mencecah sehingga 1.2 juta jemaah ekoran pembangunan yang terangkum melibatkan Madinah dan Mekah dengan kos sebanyak SR300 bilion.
Perluasan masjid ini semasa era Raja-raja Saudi kedua bermula 1994 merupakan yang terbesar. Pada perluasan pertama 1950-an, masjid dapat menampung 28,000 jemaah tetapi pada 1990-an dengan ditambah ruang-ruang halaman, kapasiti jemaah mencapai angka sedia ada.
Selain Raudhah dan Makam Nabi, mimbar dan mihrab dalam bahagian masjid ini ada kisah menariknya. Pada mulanya atap masjid Rasulullah ini dipasang pada batang kurma (maksudnya batang tersebut menjadi tiang penyangga). Maka Nabi apabila berkhutbah, baginda berdiri dekat batang tersebut dengan terkadang berdiri cukup lama. Lalu, seorang wanita Ansar menyapa: “Wahai Rasulullah, bolehkah kami membuatkan mimbar untukmu. Rasulullah menyetujuinya.
Kemudian para sahabat membuatkan mimbar untuk baginda. Tiga anak tangga dibuat dari pohon thurfa’. Pada Jumaat berikutnya, beliau berkhutbah di atas mimbar, maka batang kurma tersebut menangis – berteriak seperti rengekan bayi.
Kemudian Nabi turun dan memegang pohon tersebut. Pohon itu teresak-esak seperti bayi yang didiamkan.
Rasulullah bersabda: “Pohon itu menangis kerana tidak lagi mendengar zikir yang biasa didengarnya.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, sabda Nabi: “Di antara rumah dan mimbarku adalah salah satu taman syurga. Dan mimbarku ini ada di atas telagaku.”
Sumber:Suaratv

Fatwa menghalalkan mengintai tunang mandi mendapat perhatian ilmuan Islam
Bertunang bukanlah lesen besar untuk anda melampui batasan antara lelaki dan perempuan. Namun lain pula pandangan daripada seorang pendakwah mesir.
Pendakwah Mesir tersebut telah mengejutkan Umat Islam selepas dia berkata seorang lelaki harus dibenarkan untuk mengintai bakal isteri atau tunang "semasa dia mandi" sebelum mereka berkahwin.
"Jika anda benar-benar jujur dan mahu berkahwin dengan wanita itu, dan anda mampu untuk menyembunyikan dan menonton beliau dalam rahsia, melihat perkara-perkara yang dia tidak akan biasanya membiarkan anda lihat sebelum berkahwin dengan beliau, maka ia boleh diterima selagi niat anda adalah suci, "kata pendakwah Salamist, Usama al-Qawsi dalam video yang disiarkan di Al Arabiya.
“Jika salah seorang diantara kalian meminang seorang wanita sekiranya ia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah ia melihatnya kepadanya (HR, Ahmad dan Abu Daud”, (HR, Ahmad dan Abu Daud).
"Salah satu sahabat Rasulullah saw yang melakukannya. Beberapa orang yang tidak bersetuju telah bertanyakan kepadanya. 'Bagaimana anda melakukan itu apabila anda salah seorang daripada sahabat Rasulullah saw?' Nabi menjawab: 'Jika anda dapat melihat sesuatu yang akan membuat anda mahu mengahwininya kemudian teruskanlah dan melakukannya,' "kata Usama al-Qawsi, menurut terjemahan Al Arabiya.
Fatwa tersebut diambil dalilnya daripada Ibn Hazm, seorang bermazhab Zahiri, mazhab yang dipercayai sudah lama pupus.
Fatwah ini (fatwa agama) bertentangan dengan tradisi Islam yang lain yang melarang wanita daripada menunjukkan badan mereka kepada lelaki selain suami dan ahli keluarga terdekat. Menteri Agama Wakaf Mesir, Mohammad Mukhtar menolak fatwa Sesat Usama al-Qawsi dengan berkata "Islam mengajar bahawa kesopanan seharusnya berada di dalam sifat kita dan semua agama bersetuju," kata Mukhtar.
Fatwa yang menghalalkan lelaki mengintai tunang mandi juga mendapat perhatian ilmuan Islam di Malaysia ini. Ramai ulama lain yang nyata tidak bersetuju dengan dalil tersebut yang sudah pun lama pupus malah boleh dilihat menjatuhkan maruah seseorang wanita yang sepatutnya dilindungi daripada pandang mata seorang lelaki yang belum sah menjadi suaminya.
Antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, menerusi sebuah video ceramahnya memberikan pengertian sebenar bertunang mengikut pemahaman daripada segi hadis yang sah dan Al-Quran.
Menurutnya tempoh bertunang bukanlah lesen untuk pasangan tersebut tidak menjaga batas sebaliknya ianya merupakan tempoh untuk si lelaki dan wanita tersebut saling kenal mengenali pasangan masing-masing secara lebih mendalam.
“Tunang adalah masa untuk kita kenal, untuk buat risikan dan untuk buat kajian.
“Tunang bukan merupakan satu ikatan yang kuat dalam Islam.
“Dia (pertunangan) hanyalah batu loncatan untuk pernikahan (booking/sesi perkenalan dalam tempoh tersebut),” katanya.
Jadi sudah terang lagi bersuluh, memegang gelaran tunang bukanlah lesen bagi seseorang itu untuk bertindak luar daripada batasan selagi tidak mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Monday, 1 September 2014
Tips Keluarga Bahagia Daripada Ustazah Siti Nor Bahyah
TIPS KELUARGA BAHAGIA DARI USTAZAH SITI NOR BAHYAH
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)