Isu semasa dunia islam

Thursday 21 August 2014

[Video] Militan Jihad ISIS Penggal Kepala Wartawan AS

No comments :
Sahih atau tidak, itu yang menjadi persoalannya.

Dunia semalam gempar apabila Kumpulan jihad Negara Islam pada Selasa mendakwa telah membunuh wartawan Amerika Syarikat (AS) James Foley bagi membalas dendam atas serangan udara AS terhadap pejuang mereka dan mengancam untuk membunuh seorang lagi wartawan.


Google Image
Google Image
Kumpulan Sunni itu mengeluarkan satu video menunjukkan seorang ahli militan bertopeng memenggal kepala Foley, yang telah hilang sejak beliau diculik oleh kumpulan bersenjata di Syria pada bulan November 2012.

Tahanan kedua yang diperkenalkan sebagai wartawan Amerika Syarikat Steven Sotloff yang masih hidup, namun diberi amaran bahawa nasibnya bergantung kepada arahan Presiden AS, Barack Obama untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap kumpulan jihad.

"Jika tulen, kami terkejut dengan pembunuhan kejam seorang wartawan AS yang tidak bersalah dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan kawan-kawannya," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Caitlin Hayden.

Google Image
Jika benar kumpulan militan tersebut bertindak demikian, maka kumpulan tersebut telah melampaui batas manusia. Bagaimana mereka mampu menggelar diri mereka sebagai kumpulan jihad islam ISIS?

Pihak kami terpaksa mengeluarkan video tersebut atas sumber keganasan yang dipaparkan. Namun, kami percaya video tersebut juga sedang menjadi viral di sosial media.





No comments :

Post a Comment