Friday, 22 August 2014
MH17:ANAK KECIL CO-PILOT BERADA DI SAF HADAPAN UNTUK SOLAT JENAZAH AYAHNYA
ANAK KECIL CO-PILOT BERADA DI SAF HADAPAN UNTUK SOLAT JENAZAH AYAHNYAGoogle Image |
Bercucuran air mata ini bila melihat gelagat ABDERRAHMAN anak Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi yang turut dibawa ke Masjid Putrajaya. Tiada siapapun yang menduga anak kecil berusia sembilan bulan ini akan kehilangan bapanya dalam usianya yang masih kecil lagi.
Google Image |
Abderrahman kehilangan bapanya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang menjadi mangsa korban nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Ketika solat jenazah dilakukan sebentar tadi, dapat dilihat anak Allahyarham turut sama berada di saf hadapan. Abderrahman didukung oleh seorang rakan baik Hakimi yang tidak dapat menahan sebak sepanjang solat jenazah berlangsung.
Sementara itu, sebilangan besar ahli keluarga terdekat Hakimi memakai tshirt hitam yang tertulis ayat Co. Pilot Ahmad Hakimi Hanapi MH17 17.7.2014 ‘See you in Jannah’
TAKZIAH kepada seluruh keluarga dan kerabat mangsa MH17. Sama-sama kita doakan agar Allah redha dan merahmati mangsa, di ampuni segala dosa dan diterima amal mereka – AMIIN YA RABBAL AALAMIIN.
Tragedi ini tidak sekali kali akan kita lupakan. Celaka dan laknat yang amat dahsyat dari seluruh makhluk di langit dan di bumi ke atas pelaku jenayah paling sadis ini.
Google Image |
Google Image |
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment