Thursday, 3 July 2014
Kadar Bayaran Zakat Fitrah di Malaysia 1435H/2014M
Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2014: Zakat Fitrah merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang Islam. Ia bertujuan untuk membersih dan menyucikan jiwa bagi yang berpuasa selain daripada membantu fakir dan miskin agar dapat membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidul Fitri. Inilah sebenarnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan masyarakat Islam. Jadi ianya amatlah penting untuk dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim. Inilah keindahan Islam di sebalik setiap pensyariatan sesuatu ibadah kepada umatnya pasti ada rahsia dan hikmahnya untuk semua.Hukum mengeluarkan Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka yang mampu mengeluarkannya pada masa yang telah ditetapkan.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat
Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa
dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang
siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia
adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat
Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan
Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah
Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun
1435H/2014. Kadar nilai zakat fitrah adalah mengikut harga beras bagi
negeri masing-masing seperti mana yang telah ditetapkan oleh majlis
agama islam setempat:
Negeri
|
2014 [Terkini] - RM
|
2013 [Terdahulu] – RM
|
Perlis
|
6.50
|
6.00
|
Kedah
|
7.00
|
7.00
|
Pulau
Pinang
|
7.00
|
7.00
|
Perak
|
7.00
|
7.00
|
Selangor
|
7.00
|
7.00
|
Negeri
Sembilan
|
6.50
|
6.50
|
Melaka
|
6.70
|
6.50
|
Johor
|
8.00
/ 5.00 *
|
5.00
/ 8.00 *
|
Pahang
|
7.00
|
7.00
|
Terengganu
|
7.60
/ 7.00 / 4.50 *
|
4.50
/ 7.00 / 7.60
|
Kelantan
|
7.00
|
7.00
|
Sarawak
|
7.00
|
6.50
|
Sabah
|
7.00
|
7.00
|
(W.P.)
Kuala Lumpur / Putrajaya Labuan
|
7.00
|
7.00
|
*
Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan
Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan
|
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment