Tuesday, 1 July 2014
Puasa Orang Musafir
Bulan Ramadhan kali ini di sambut meriah dengan temasya sukan terbesar di dunia iaitu FIFA World Cup 2014 di Brazil. Umum tahu yang terdapat beberapa pemain yang beragama islam dan negara islam yang turut berentap di dalam kejohanan ini.Google Image |
Namun bagaimana dengan puasa mereka? Adakah mereka diberi kebebasan untuk berbuka? Apakah amalan mereka akan diterima?
Namun menurut hadith;
Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?. Rasulullah SAW menjawab: Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta'ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.
Huraian
Orang yang sedang musafir dalam bulan Ramadhan, dibenarkan meneruskan puasa dan yang tidak tahan berpuasa mereka dibenarkan berbuka tetapi diwajibkan mengqadha'nya pada masa yang lain.
Islam adalah agama yang mementingkan kebajikan penganutnya. Ia memberi kemudahan (rukhsah) kepada sesiapa yang sedang sakit atau di dalam perjalanan (musafir), tidak berkemampuan dan sebagainya. Sama sekali tidak terdapat paksaan hingga mendatangkan kemudaratan. Oleh itu kita disuruh agar mengerjakan suruhan Allah dengan penuh keikhlasan, keyakinan dan ketaatan bahawa setiap segala perintah Allah itu mengandungi kebaikan dan hikmah yang tersendiri sama ada yang diketahui atau tidak oleh manusia.
Kebiasaannya, pemain-pemain profesional ini mengamalkan diet yang ketat untuk kekal cergas.
Dalam masa yang sama, mereka juga perlu beradaptasi dengan persekitaran benua Amerika Latin yang panas dan lembap. Waktu dari Imsak ke Maghrib di Brazil pula rata-rata antara 11 ke 12 jam sehari.
Jadi tidak hairanlah jika Mesut Ozil mengambil keputusan untuk tidak berpuasa.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment