Thursday, 24 April 2014
Rahsia disebalik & ayat Alfatihah
Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.Google Image |
Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.Antaranya ialah:
- 1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada
manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat
laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya
atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada
tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam
masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran;
yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia
benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia
boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam
seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan
celakalah hidupnya.
- 2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada
manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab
itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang
kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama
lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya
dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh
kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
a.) Kepala - ini termasuklah
anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah
dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b.)
Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau
berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c.) Kedua-dua lutut
d.) Kedua-dua tapak kaki
Dalam sembahyang,
anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh
manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita
menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua
anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah
kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan
menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu
kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan
juga anggota dalam perbuatan.
- 3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau
intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan
menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga
yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al
Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh
peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan
amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.
- 4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk
Allah yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan
tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai
ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat
hubungan yang lahir.Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir
sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan
bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan,
hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung
rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.Malaikat juga
menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan
manusia pada Allah dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi
hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu
kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan
bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia.
Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur
tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan
memberi berkat dengan izin Allah. Mereka juga melaknat manusia dengan
izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli
rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.
Selain malaikat, jin-jin juga
ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli
sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin
juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia
bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah
bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun
bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa
Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia,
bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa
Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia
lebih mulia dari jin.Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan
manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:Maksudnya: “Dan (ingatlah)
ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al
Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka
berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .’ Ketika pembacaan itu
selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Al
Ahqaf: 29)
Mujurlah kita tidak nampak jin
sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal
makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang
kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang
disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila
membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu
dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu
terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.
- 5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari
jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita
dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia
ada tujuh peringkat iaitu:i. Nafsu ammarahii. Nafsu lawwamahiii. Nafsu
mulhamahiv. Nafsu mutmainnahv. Nafsu radhiahvi. Nafsu mardhiahvii.
Nafsu kamilahIsi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri
dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada
tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini
dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka
atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Allah. Paling-paling
lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke
peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap,
masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh.
Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah,
sudah tetap serta tidak mudah goyang.
Di sini juga dapat kita faham
bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu
yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu.
Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal
yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia
akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat
meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah,
mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah.
Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah;
nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh
menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha
mengendalikan nafsunya.
Cara untuk kita mengendalikan
nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada
Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang
boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap
nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari
satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri
manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan.
Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu
ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.
Ayat Al Quran itu terlalu
banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan
kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini
untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan
boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai
tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana
nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya
hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.
Surah Fatihah Dibaca Dlm Setiap Solat
Allah yang menciptakan nafsu itu
tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah
Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah
itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya
tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia
tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk
memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah
atau paling tinggi mutmainnah.
Maha Besar Tuhan yang mampu
mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan
tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan
kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata
bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang
diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang
dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia
bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Allah merangkumkan
kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh
dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan.
Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif
dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.
Jadi di sini kita sudah nampak
kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya
sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak
besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah
itu ‘Surah Yang Dapat Kemenangan’ daripada menamakan ia ‘Surah
Pembukaan’.Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah
Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi
bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab
pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan
langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu
dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim
fi’il - ‘yang telah mendapat kemenangan’. Lebih baik makna ini kita
masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat
kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan
itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap
semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.
Subhanallah. Allahu Akbar! Mari kita sama-sama memperbanyakkan bacaan surah al-Fatihah setiap masa dan ketika. -SUMBER
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment