Friday, 21 March 2014
Waktu Mustajab untuk Berdoa
1. Waktu Malam
Waktu malam adalah waktu yang paling baik
untuk beribadat kerana waktu tersebut sunyi, tatkala semua makhluk
tidur setelah penat bekerja keras di siang hari. Bagi mereka yang insaf
dan sedar, mereka tidak melepaskan peluang di waktu malam dengan
beribadat dan berdoa.
Allah SWT akan memperkenankan doa
hambaNya pada waktu malam dan para malaikat turun ke dunia untuk
menyampaikan rahmat Allah SWT kepada semua makhluk pada waktu malam.
Bukankah Nabi Muhammad SAW telah melalui Israk dan Mikraj pada waktu
malam, oleh itu memang selayaknya kita gunakan waktu malam untuk
berzikir dan berdoa kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ” Sesungguhnya
di waktu malam ada satu masa yang apabila seorang muslim meminta
kebaikan kepada Allah tepat pada waktu itu, nescaya Allah memberinya“. ( tafsir Yasin, Hammamy)
1. Waktu tengah malam, iaitu apabila sudah lebih separuh malam (mulai pukul 1.00 pagi).
2. Waktu bahagian kedua daripada sepertiga akhir malam.
3. Waktu sepertiga daripada sepertiga akhir malam.
4. Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.
2. Waktu bahagian kedua daripada sepertiga akhir malam.
3. Waktu sepertiga daripada sepertiga akhir malam.
4. Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.
Maka, jelaslah di sini waktu separuh
malam sehingga terbit fajar adalah merupakan waktu yang berkat, waktu
yang baik untuk memanjatkan doa-doa.
2. Waktu pagi – apabila matahari sedang naik (waktu dhuha).3. Waktu petang – selepas sembahyang Asar.
4. Pada hari Jumaat
Hari yang paling baik di antara hari-hari
dalam seminggu ialah hari Jumaat. Ia merupakan saat-saat dikabulkan
doa. Abu Hurairah RA meriwayatkan apabila Rasulullah SAW menceritakan
tentang keutamaan hari Jumaat baginda ada bersabda :
“Pada hari itu ada suatu saat, tiada seorang muslim yang sedang sembahyang bertepatan dengan saat itu, kemudian memohon kepada Allah melainkan dapat dipastikan Allah dapat memberinya”.
Imam Muslim meriwayatkan dari hadith Abu
Burdah bin Musa Al-Asy’ari bahawa saat yang paling mustajab pada hari
Jumaat ialah saat di antara duduknya imam di atas mimbar hingga selesai
sembahyang Jumaat.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan dari awal Ramadhan hingga ke akhirnya. Firman Allah SWT yang bermaksud,
” Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu langit“. ( riwayat, Mutafaq Alaih)
Pintu langit terbuka maksudnya Allah SWT
mencurah-curahkan rahmat kepada hamba-hambaNya yang memohon, berdoa dan
beribadat kepadanya. Di antara kemustajaban bulan Ramadhan terdapat satu
saat yang paling mustajab iaitu di saat turunya Al-Qadar. Allah SWT
akan memakbulkan setiap permohonan hambaNya di saat tersebut dan barang
siapa beribadat pada malam Lailatul Qadar sama seperti beribadat seribu
bulan.
6. Malam Nisfu Sya’aban
Iaitu pada malam 15 hari bulan Sya’aban di mana pada malam tersebut Allah SWT menukar buku catatan amalan setiap hari dari yang lama kepada yang baru, sudah selayaknyalah digunakan malam tersebut untuk berdoa dan memohon ampun dari Allah SWT.
Iaitu pada malam 15 hari bulan Sya’aban di mana pada malam tersebut Allah SWT menukar buku catatan amalan setiap hari dari yang lama kepada yang baru, sudah selayaknyalah digunakan malam tersebut untuk berdoa dan memohon ampun dari Allah SWT.
Iaitu malam hari raya Aidil Fitri dan raya Aidil Adha. Pada malam tersebut selain memperbanyakkan takbir digalakkan juga kita berdoa.
8. Bulan Rejab
Iaitu malam pertama bulan Rejab di mana malam tersebut sangat mustajab untuk berdoa. Sabda Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu : malam pertama daripada bulan Rejab, malam Nisfu Sya’aban, malam Jumaat dan dua hari raya”.
9. Ketika Sembahyang dan Selepasnya
Dalam sembahyang banyak lafaz doa, oleh
itu perelokkan sembahyang kita, mudah-mudahan Allah memakbulkan
permintaan dan permohonan ketika dalam sembahyang.
11. Majlis Zikir atau Tahlil, selepas berzikir digalakkan berdoa kerana masa tersebut penuh dengan rahmat dari Allah SWT.
12. Selepas mengambil wudhu’. Berdoa selepas habis mengambil wudhu’ juga termasuk dalam waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah SWT.
13. Selepas azan.
14. Selepas Iqamah
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud “Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamah“. para sahabat bertanya ” Apakah yang harus kami baca ya Rasulullah SAW?
13. Selepas azan.
14. Selepas Iqamah
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud “Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamah“. para sahabat bertanya ” Apakah yang harus kami baca ya Rasulullah SAW?
Rasulullah s.a.w menjawab ” Mintalah kepada Allah SWT kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat“.
Banyak sekali waktu-waktu yang baik untuk
kita memanjatkan doa kepada Allah SWT. Oleh itu, usahlah kita abaikan
waktu-waktu yang terbaik ini untuk berdoa kepadaNya.-sumber
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment