Friday, 21 March 2014
Gangguan Syaitan Ketika Solat
Syaitan adalah makhluk yang tidak pernah berputus asa untuk berusaha untuk menyesatkan dan mengganggu hati kita. Ketika kita melakukan solat lima waktu, syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan ibadah kita itu. Dibisikkan ke dalam hati-hati kita tentang hal-hal keduniaan agar kita lalai ketika bersolat.Google Image |
Keadaan ini kadangkala orang yang
bersolat lupa rakaat yang dilakukannya. Maka ketika itu mungkin sang
syaitan tadi ketawa kegembiraan apabila misinya telah berjaya untuk
merosakkan solat kita.
Ketahuilah beberapa cara syaitan mengganggu solat manusia, antaranya :
1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat mulai membaca takbiratul ihram
“Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah
atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca
takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya
hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang
banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan
niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”.
Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan
yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka
meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun
melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”.
(HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah
bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang
kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang
telah dilakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu,
hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum
salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila
dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut
sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah
selesai azan, ia kembali semula. Dan jika iqamah dikumandangkan ia
berlari. Apabila telah selesai iqamah, syaitan kembali semula. Ia akan
selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa
yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa
rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya
tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah
sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan
santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat
dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal
boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau
tukmaninah.
Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat
dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk
mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya,“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, peliharalah solat kita agar diterima Allah S.W.T
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment