Sunday, 8 December 2013
Pengertian Nabi dan Rasul
Pengertian Nabi dan Rasul
Rukun iman yang kedua ialah mempercayakan Rasul-rasul dan Nabi-nabi..
Wajib atas setiap muslim mempercayai bahawa Allah AWT telah mengutuskan kepada manusia banyak Rasul-rasul dan Nabi-nabi di masa yang lalu sejak manusia tercipta iaitu Adam ( dan ia nabi yang pertama) hinggalah Muhammad SAW yang menjadi penutup kepada kenabian. Selepas Nabi Muhammad SAW, tidak akan ada lagi Nabi atau pun Rasul walaupun ada sesetengah orang yang mempunyai pengikut yang ramai, yang berjaya menjadikan Islam sebagai topeng menyembunyikan kemungkaran yang mereka lakukan bercita-cita menjadi Rasul.
Apa erti Rasul ?
Rasul dalam pengertian ilmu Tauhid ialah seorang lelaki ( BUKAN wanita) yang dipilih oleh Allah untuk menerima arahan, ajaran, berita dan amaran yang dinamakan WAHYU dari Allah SWT melalui malaikat Jibrail. Rasul ini juga diperintahkan untuk menyampaikan wahyu kepada kaumnya dan kepada umat manusia sebagaimana di firmankan Allah dalam surah Saba' ayat 28 :
"Kami (ALLAH) telah mengutuskan engkau, hai Muhammad, kepada sekelian manusia..."
Apa erti Nabi ?
Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu melalui Jibrail, tetapi Nabi TIDAK diperintahkan untuk untuk menyampaikan wahyu kepada manusia. Kewajipan nabi itu ialah untuk menerangkan dan menyokong wahyu-wahyu yang telah didatangkan kepada Rasul-rasul yang terdahulu dari Nabi tersebut atau semasa Nabi tersebut.Rasul dan Nabi adalah manusia. Maka harus Rasul & Nabi bersifat dengan sifat manusia. Tetapi pangkat Rasul & Nabi bukanlah diperolehi dengan hasil usaha manusia itu. Sebaliknya ianya adalah pilihan Allah.
#penadakwahislam
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment