Isu semasa dunia islam

Wednesday, 27 August 2014

[PALESTINKINI] Gaza Meraikan Kemenangan:Apa pengajaran disebaliknya?

No comments :
Setelah hampir 7 minggu bumi gaza di bedil rejim Zionis, akhirnya genjatan senjata secara terbuka dipersetujui oleh HAMAS dan ISRAEL semalam.



Genjatan senjata selama sebulan dipersetujui antara HAMAS dan Israel dimana syarat-syarat yang digariskan oleh HAMAS akan dibincangkan dan diperhalusi selama sebulan tempoh genjatan senjata.

Di Gaza ketika ini mereka sedang meraikan kemenangan dengan bertakbir dan bertahmid memuji Allah dan pimpinan HAMAS sedang ditemuramah oleh wakil-wakil media antarabangsa.

Di Israel pula pimpinan Israel enggan ditemuramah media.


Sebelum itu, pegawai-pegawai dari Hamas, kumpulan utama yang memerangi Israel, telah berkata gencatan senjata itu termasuk perjanjian Israel untuk meringankan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bekalan bantuan dan bahan binaan dibawa ke wilayah perang yang rosak teruk

Namun, sebagai umat ISLAM yang menetang keras kekejaman rejim ZIONIS ini, apa yang kita pelajari selama 7 minggu tersebut? 


Sehingga kini lebih 2133 mangsa yang terkorban dan lebih  10895 rakyat Palestin yang cedera

Serentak dengan kemenangan ini, Insya Allah sempadan Rafah akan dibuka bagi memudahkan banyak     bantuan untuk masuk. 

Nelayan Gaza juga akan dibenarkan memancing sejauh 6 batu nautika.
 


Apa yang penting kita harap supaya Hamas jangan alpa dengan tipu helah Yahudi. Sejarah telah membuktikan yang mereka tidak patuh pada janji. Mungkin gencatan senjata sebulan ini adalah untuk merencana perancangan yang lebih jitu bagi memusnahkan Hamas. Tidak mustahil yahudi zionis mula memasang ejen ejen subversif ke Gaza bagi meninjau pertahanan Hamas. 
 
Kelihatan bendera Malaysia turut berkibaran di bumi Palestin


Kita perlu meneruskan usaha boikot barangan Israel sebagai salah satu tuntutan jihad. Jangan jadikan ia hanya trend.

Dan ingatlah, kemenangan ini juga adalah kemenangan kita. Sesungguhnya doa mukmin itu adalah juga 'SENJATA'. ALLAHUAKBAR!!!

Kita menyedari bahawa krisis di Gaza ini tidak akan selesai sehinggalah Israel dilenyapkan terus daripada peta dunia dan tanah Palestin diserahkan semula kepada pemiliknya yang berhak. Umat Islam di seluruh dunia dituntut untuk terus memberikan bantuan dan sokongan kepada Palestin terutama dalam usaha untuk memulihkan dan membangunkan semula Gaza ketika ini.


Kongsikan pendapat sebagai sokongan anda tentang kemenangan ini di ruangan komen.

Sumber gambar : Aqsa Asyarif




 

No comments :

Post a Comment