Tuesday, 19 August 2014
Boikot Barangan Israel Sebagai Tuntutan Jihad
Memetik ulasan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman tentang boikot sebagai tuntutan jihad melaui sumber portal www.ismaweb.net.Google Image |
Merujuk fatwa ulamak terkemuka Syeikh Yusuf Al-Qardawi yang dikeluarkan pada tahun 2002, umat Islam diseru memboikot apa-apa barangan yang membantu ekonomi Israel kerana inilah tuntutan jihad yang difardukan ke atas umat Islam yang tidak mampu berjihad dengan senjata di Palestin.
“Kadang kala kita tak perasan apabila mengulas tentang boikot, kita perlu melihat dari sudut jihad, kefarduan jihad, satu juzuk daripada tuntutan jihad.
“Dalam hal ini, umat Islam yang berada jauh dari Palestin, boleh melakukan jihad dari segi boikot. Boikot adalah satu kefarduan, kewajiban yang kita kena buat.”
Demikian penjelasan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman apabila ditanya tentang peranan yang perlu dimainkan oleh umat Islam dalam isu Palestin dalam rancangan Dimensi terbitan TV ISMA sempena kempen Bulan Kemarahan Ummah baru-baru ini.
Katanya,
selain membantu memberi sumbangan wang ringgit dan harta untuk Gaza,
boikot yang berterusan dan berstrategi adalah usaha yang boleh dilakukan
demi membantu saudara kita di Gaza.
Apabila
ditanya tentang kedudukan pekerja syarikat makanan segera McDonald’s,
Ustaz Abdullah berkata, sepatutnya iman seseorang yang mendorong dirinya
untuk berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain yang tidak
menyumbang untuk ekonomi Israel.
“Apabila
kita tahu mana kedai, mana produk yang menyumbang kepada yang haram,
secara (langsung) dalam diri kita, iman yang ada dalam diri seseorang
itu sendiri yang bercakap kepada dia supaya dia tidak terlibat. Tak
boleh kata saya tak bersalah, saya hanya bekerja.
“Kalau
dah tahu syarikat itu memberi sumbangan, dan kita tahu sumbangan kita
itu ke arah merosakkan dan membunuh umat Islam, sepatutnya dari dalam
diri orang itu sendiri dia dah rasa berdosa,” kata beliau.
Sehubungan
itu katanya, jika usaha boikot dikembangkan secara strategik dan
berobjektif, ia mampu memberikan kesan yang amat besar.
Ujar
beliau, dari aspek kepenggunaan, sebagai permulaan kita memulaukan satu
atau dua produk dan kita menggantikan dengan produk alternatif. Selepas
satu tempoh, lebih banyak produk akan diboikot dan lebih banyak produk
alternatif diperkenalkan.
Dalam
aspek perdagangan, katanya negara yang tidak mengiktiraf Israel
seharusnya turut menghentikan apa juga bentuk dagangan yang berkaitan
Israel.
Beliau juga menyatakan sesetengah negara yang menjalankan hubungan secara rahsia dengan Israel telah melakukan pengkhianatan dan membelakangkan umat islam.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment