Friday, 11 July 2014
Allah Selamatkan Palestin!!!
Unknown
02:59
Allah Selamatkan Palestin!!!
,
gaza
,
israel
,
Pena Minda Islam
,
tebing barat
No comments
:
GAZA terus dibedilGaza : Umat Islam secara keseluruhannya mengutuk tindakan kejam puak-puak Zionis apabila kita dikejutkan dengan serangan kejam pihak Israel ke atas bumi Palestin. Ketika umat islam sedang menunaikan ibadah puasa, rakyat di Palestin terus dibedil dan beraku pembunuhan kejam orang-orang awam iaitu orang Islam di sana.
Persiapan tentera Israel itu dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu keganasan yang semakin meningkat di kawasan itu.
Dalam tempoh tiga hari serangan udara Israel ke bandar Gaza, lebih 70 rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban selain kemusnahan kediaman dan harta benda.
Pada masa sama, Briged Al-Qassam melancarkan beberapa roket ke kawasan Israel namun tiada rakyat Israel yang menjadi mangsa dengan sebahagian daripada roket berkenaan dipintas oleh sistem pertahanan rejim Zionis.
Israel semakin kejam tidak menghirau apa dunia kata terus membunuh dengan kejam umat Islam di Gaza. Terkini syarikat pelancongan terbesar di Jerman telah membatalkan semua tempahan melawat Israel sehingga 31/7/2014 tapi Israel tidak pernah kisah.
Kereta kebal Israel sudah kelihatan berkumpul di sempadan Gaza dan Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya.
Menurut penganalisa, tentera Israel yang memasuki Gaza berkemungkinan besar menghadapi senjata pembinasa kereta kebal oleh Hamas termasuk peluru Kornet yang diguna oleh Hezbollah ketika perang Lebanon 2006 selain bahan letupan buatan sendiri.
Kemungkinan juga anggota tentera Israel akan ditangkap bagi pertukaran tawanan perang.
Sekurangnya 74 warga Gaza terbunuh sejak Israel melancarkan Operasi ‘Protective Edge’ awal Selasa lalu untuk menghalang pelancaran roket.
Sehingga kini, tiada warga Israel yang maut.
Mesir juga telah membuka sempadannya di Rafah dan hospital di utara Sinai bersiap sedia merawat mangsa serangan itu, menurut agensi berita Mesir MENA.
Sementara itu, Ketua PBB Ban Ki-moon memberi amaran krisis ini boleh bertambah buruk dan menjadi tidak terkawal dalam sekelip mata dan berkata, risiko keganasan akan berleluasa menjadi semakin nyata.
"Kawasan Gaza tidak mampu terlibat dalam satu lagi peperangan besar," katanya.
Ban sudah bercakap dengan Peres, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengenai krisis ini.
Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
krisis ini, malam ini.
Keganasan kali ini adalah yang paling buruk di Gaza sejak November 2012 dengan 750 serangan udara Israel dalam tempoh 48 jam.
Allah hu Allah..Palestine..Doa kami sentiasa untukmu..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment