Wednesday, 4 June 2014
Janji Allah Untuk Mereka yang Akan Berkahwin
Sudah tentu pasangan yang akan mendirikan rumahtanngga akan melalui pelbagai masalah dan cabaran.Segala bentuk cabaran dan dugaan ini akhirnya akan mengundang ragu-ragu kepada pasangan yang akan berkahwin.
Google Image |
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin
mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai
dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh,
jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik
buat kita. Amin.
.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian
para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah
satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang
telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga.
Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu
ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan
untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi
keperluan keluarga.
Allah
akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila
tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah
kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang
lebih.
Tidakkah
kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin
tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya
rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
.
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa
sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak
mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah
dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga
janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan
diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon
diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan
sebagainya.
Dalam
berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah
ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat,
mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan
juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa
pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla
turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan
juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum
dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta
melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat
lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa
Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui
bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian
orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke
dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas
dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah
tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan
Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan
terbebas dari bid’ah-bid’ah.
.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga
janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung
datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka
kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar
Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak
di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran
buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan
sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40).10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah
janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah
tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang
Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada
Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment