Wednesday, 18 June 2014
FATWA:World Cup 2014 - Bola Sepak Melalaikan
Memetik laporan dari satu sumber, ulama konservatif Mesir baru-baru ini mengeluarkan fatwa tentang bola sepak. Beliau berpendapat menonton bola sepak tidak dapat diterima sama sekali di dalam agama islam kerana ia melalaikan dan boleh menghancurkan negara.
Yasser Borhami, pengasas gerakan Salafi di Mesir berpendapat masa yang dihabiskan untuk menonton bola sepak menyebabkan manusia lalai dunia dan akhirat.
"Piala Dunia melalaikan umat Islam daripada melaksanakan tanggungjawab
agama. Ini termasuk hal-hal terlarang yang boleh membatalkan puasa
Ramadan serta perkara terlarang dalam Islam seperti tidak bertoleransi
dan membuang masa," kata Yasser seperti dipetik oleh akhbar Al-Masry
Al-Youm pada Ahad.
Gerakan tersebut ditubuhkan pada 1984 dan kemudiannya menyertai politik dengan menubuhkan Parti Al-Nour selepas revolusi pada 2011 yang menggulingkan kerajaan bekas Presiden Hosni Mubarak.
Yasser dalam kenyataannya menegaskan sesuatu perkara boleh jatuh "haram"
sekiranya ia melalaikan umat Islam daripada tanggungjawab agama,
mendedahkan aurat dan menyebabkan umat Islam menyokong orang bukan
Islam. Bolasepak, katanya, ada semua perkara itu.
Islam Tidak Pernah Melarang
Dalam pada
itu, pensyarah kanan di Universiti Al-Azhar memberitahu Al-Masry Al-Youm
bahawa Islam tidak melarang umatnya daripada menonton apa yang mereka
suka asalkan tidak melibatkan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.
Beliau juga tidak bersetuju dengan Yasser berhubung pemujaan kepada
orang bukan Islam kerana katanya "umat Islam dianjurkan berbuat baik
kepada orang bukan Islam selagi mereka saling hormat-menghormati".
Sementara itu, Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, Bakr Zaky
Awad berpendapat fatwa menonton bolasepak melalaikan itu dibuat oleh
seorang yang bukan pakar. Beliau juga berpendapat hiburan yang
dibenarkan tidak dilarang dalam Islam.
Fatwa yang dikeluarkan
oleh Yasser itu dilaporkan oleh agensi berita Associated Press dan jadi
tajuk berita antarabangsa. Laporan agensi itu menyebut fatwa Yasser
bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa sukan seperti Piala
Dunia membina persahabatan antara bangsa-bangsa di dunia.
Yasser yang kemudian ditanya tentang fatwanya itu dalam satu wawancara
dengan sebuah stesen televisyen Mesir, CBC menjelaskan kenyataannya
telah disalahtafsir untuk tujuan politik.
"Saya cuma kata jangan membazir masa," katanya seperti dipetik oleh AP.
Ad-Da'wa As-Salafiya sebelum ini mendukung Ikhwanul Muslimin. Ia
bagaimanapun kemudian menarik balik sokongan dan memihak kepada tunjuk
perasaan terhadap Ikhwanul Muslimin dan rampasan kuasa tentera yang
menjatuhkan Presiden Muhammad Mursi.
Yasser sebelum ini pernah
mencetuskan kontroversi melalui beberapa kenyataannya termasuk fatwa
melarang ucap selamat Krismas kepada Kristian Koptik.-AstroAwani
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment