Thursday, 17 April 2014
Kesalahan Kerap si Suami kepada si Isteri
1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak
 kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang 
betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami
 secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan
 ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi 
perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & 
menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak 
lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama 
ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai 
orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api 
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya 
malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah 
terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan 
apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara.
 Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam
 & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, 
mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan 
oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah 
solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu 
hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki 
yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di 
waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan 
isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar &
 menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika 
isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah
 seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia 
tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain 
darinya.” {H.R. Muslim}
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam 
as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia 
berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w 
menjawab:
“Hendaklah
 engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika 
engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & 
tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah 
disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan 
ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap 
iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan
 bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara 
yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut 
kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana 
anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita 
kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika 
si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan 
penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka 
sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan
 jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka 
tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu
 beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, 
serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang 
kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan
 jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, 
tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia
 boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf 
(tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya
 diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari 
kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya 
menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. 
Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga
 diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada 
isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu
 adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap 
penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana 
penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan 
anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan 
sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada
 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap 
sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, 
at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang 
perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah 
kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan 
sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan 
harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan
 besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah 
untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara 
yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa 
sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya 
tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta 
tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & 
anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini 
merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar 
berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu 
melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau 
tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan 
kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah 
permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah 
akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk 
ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para
 suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya 
DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan 
isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul
 dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA 
kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati 
‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk
 yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya 
diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali 
di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan
 kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia 
menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam 
ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah
 kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai 
Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau 
mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga 
golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat 
iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang 
menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh 
syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.
Sumber: Syahirul
Subscribe to:
Post Comments
                        (
                        Atom
                        )
                      







No comments :
Post a Comment