Wednesday, 19 March 2014
Cara-cara Solat Hajat #prayforMH370
Sebelum ini saya ada kongsikan entri berkenaan 'Berdoa untuk Bukan Islam #prayforMH370 dan solat hajat untuk mereka yang anda boleh baca di sini.Entri kali ini mari sama-sama kita 'refresh' cara-cara untuk solat hajat #prayforMH370. Kita doakan semoga semua penumpang dan anak kapal selamat dan segala usaha untuk misi mencari pesawat berkenaan dipermudahkan.
Google Image |
1. Lafaz niatnya:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Hajat dua raka‘at kerana Allah Ta‘ala.
* Selepas Fatihah pada raka‘at yang pertama dibaca surah al-Kafirun 10 kali.
* Selepas Fatihah pada raka‘at yang kedua dibaca surah al-Ikhlas 10 kali.
3. Sebelum memberi salam semasa dalam sujud membaca:
* Selawat ke atas Nabi dan keluarganya 10 kali.
4. Satu cara lain yang lebih ringkas iaitu di dalam sujud akhir sebelum duduk membaca tahiyat akhir dibaca sebanyak empat puluh satu kali tasbih berikut:
*Kemudian selepas selesai membaca tasbih di atas terus memohon sebarang hajat di dalam hati sebelum duduk membaca tahiyyat akhir.
ATAU
5. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda.
Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;
Ertinya :
Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
sumber
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment