Saturday, 1 March 2014
Solat Minta Hujan : Solat Istisqa
Cuaca panas yang melanda negara kini, menyebabkan bebrapa empangan mencatatkan paras air yang semakin berkurangan. Disebabkan itu, banyak penduduk terjejas akibat terputus bekalan air di beberapa lokasi tertentu.
Sebagai umat islam, kita digalakkan berusaha dan memohon pada Allah agar menurunkan hujan. Kaedah terbaik ialah dengan melaksanakan solat sunat Istisqa yang bermaksud meminta hujan.
Sebelum pelaksanaan solat tersebut, pemimpin di negeri berkenaan perlu menganjurkan agar rakyat berpuasa selama 3 hari, bersedekah, bertaubat dan mengembalikan hak orang lain yang pernah dizalimi.
Pada hari keempat, mereak keluar ke tanah lapang bersama rakyat yang turut terdiri daripada orang tua dan kanak-kanak. Mereka harus mengenakan pakaian yang sederhana dan bersih serta merendahkan diri di hadapan Allah.
Selepas itu, pemimpin negeri perlu memimpin rakyatnya untuk mengerjakan solat sunat Istisqa sebanyak dua rakaat dengan tatacara yang menyerupai pelaksaan solat sunat hari raya.
Sejurus mengerjakan solat, mereka dikehendaki berkhutbah dua kali dan duduk sebentar di antara dua khutbahnya. Sebahagian besar dari material khutbah dianjurkan untuk diisi dengan bacaan istighfar memohon keampunan kepada Allah.
Dalam khutbah yang kedua, sebaiknya posisi pemimpin atau khatib membelakangi jemaah dan menghadap ke arah kiblat. Dalam keadaan itu, ia boleh mengalihkan posisi serban atau selendang yang dipakai dengan harapan mudah-mudahandapat mengubah keadaan kemarau yang dihadapi.
Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda membalikkan bahagian yang atas ke bawah, memutar yang kanan ke kiri dan sebaliknya.
Saat itu, mereka berdoa bersama dengan suara perlahan. Setelah itu, si pemimpin kembali ke jemaahnya, lalu menhakhiri khutbah seraya berdoa:
" Ya Allah, berilah kami anugerah dengan mengampuni dosa yang pernah kami lakukan dan makbulkan doa kami untuk menrunkan hujan kepada kami serta melapankan rezeki kami. Dan dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang di antara penyayang."
SUMBER : Ringkasan Ihya' Ulumudin Imam Ghazali
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment