Thursday, 26 December 2013
Sejarah Penetapan Kalendar Islam
Terdapat beberapa riwayat berkaitan sejarah penetapan kalendar islam. Sahabat Nabi Abu Musa al-asy'ari yang menjadi gabenor di Basrah mengutus surat kepada Sayidina Umar: "Sesungguhnya kami menerima surat-surat daripada Aimirulmukminin tetapi kami tidak tahu bagaimana hendak melaksanakannya. Ada satu surat yang mencatatkan bulan Syaaban tetapi kami tidak pasti, adakah Syaaban yang lepas atau akan datang.?"
Sayidina Umar bin al-Khattab terus mengadakan mesyuarat berkaitan masalah itu. Para sahabat semua bersetuju tentang keperluan merangka sistem kalendar. Dua perkara utama yang dibincangkan: Bilakah tahun pertama bagi kalendar itu? Apakah bulan pertama satu tahun itu?
Berkenaan penetapan tahun pertama kalendar, ada beberapa usul yang diutarakan oleh para sahabat. Ada yang mencadangkan agar bermula dengan tahun kelahiran Nabi dan ada yang mencadangkan tahun kerasulan Baginda. Akhirnya para sahabat bersetuju menetapkan bahawa tahun pertama bermula dengan tahun Nabi berhijrah ke Madinah.
Seterusnya para sahabat turut mencapai kata sepakat bahawa bulan pertama bagi tahun ialah Muharam. Ketetapan ini berdasarkan beberapa pertimbangan antaranya Muharam ialah bulan pertama dalam tradisi sistem tahunan masyarakat Arab selama ini.
Apa yang pasti, ia bukan atas dasar Muharam itu bulan berlakunya hijrah Nabi. Ini kerana Nabi keluar dari Makkah pada bulan Safar dan tiba di Madinah pada bulan Rabiulawal. Namun mungkin ada masyarakat yang salah faham.
Ustaz Mohammad Nor Mohammad Endut
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment